Wednesday, September 9, 2015

TUTORIAL BAB 6

TUTORIAL
1. Buat perbincangan tentang punca masalah ponteng sekolah dan hasilkan sebuah peta minda dan nyatakan cara-cara mengatasi masalah ini.
Cara mengatasi masalah ponteng sekolah:

  • Guru haruslah mengajar dengan lebih kreatif
  • Bijak memilih kawan
  • Ibu bapa sentiasa memberi perhatian
TUTORIAL
1. Nyatakan cara-cara mengatasi penagihan dadah yang lebih berkesan

  • Kerajaan menguatkuasakan undang-undang
  • Ibu bapa mengajar anak tentang keburukan dadah
  • Kempen dadah diadakan kepada semua pihak
2. Bincangkan tentang cara-cara perubatan moden untuk mengatasi masalah ketagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada penagih.
Cara-cara perubatan moden:
  • Mendirikan pusat pemulihan dadah
  • Pengambilan Methadone yang dapat membantu penagih dadah mempunyai kekuatan dan kemahuan dalaman yang tinggi untuk menghentikan penagihan
Kesan penagihan dadah:
  • Kesihatan terjejas
  • Emosi terjejas
  • Membazir wang
  • Melakukan perkara yang tidak bermoral
  • Menjatuhkan imej negara dan keluarga
TUTORIAL
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial yang melanda generasi muda pada masa sekarang.
  • Ibu bapa haruslah memberi perhatian penuh kepada anak.
  • Ahli keluarga menjadi teladan yang baik.
  • Berkawan dengan kawan yang baik.
  • Menyemai nilai-nilai moral pada anak.
  • Memberi bimbingan agama terhadap anak.
TUTORIAL
1. Buat perbincangan tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
  • Remaja menggunakan laman sosial untuk menyebarkan maklumat yang palsu.
  • Internet digunakan untuk melayari laman web lucah.
  • Remaja bermain dalam masa yang panjang.
  • Pelajar mencari contoh jawapan bagi kerja rumah.

TUTORIAL BAB 4

Tutorial
1    1. Bincang dan hasilkan contoh peraturan berbahasa daripada aspek jarak sosial dan konteks percakapan.

2. Gambaran tentang pentingnya peraturan berbahasa dalam kehidupan masyarakat Melayu banyak diungkapkan dalam puisi Melayu lama seperti pantun, peribahasa dan lain-lain. Cari sebuah pantun atau peribahasa atau bahan lain yang menyentuh tentang peraturan berbahasa dalam pergaulan dalam masyarakat.

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa

BAB 6: ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

6.1 ISU PENDIDIKAN

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

  • ekonomi negara dapat ditingkatkan hasil daripada pendidikan yang berkualiti
  • dapat melahirkan banyak tenaga pakar di negara kita
  • dapat menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara lain
  • dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara maju yang lain
  • menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pendidikan serantau
6.2 ISU MEDIA

KEPENTINGAN
  • Sumber maklumat yang boleh didapati dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa
  • Sebagai media komunikasi yang lebih efisien
  • Sebagai media hiburan
  • Sarana pendidikan dengan adanya buku digital yang mudah dan praktikal
6.3 ISU GEJALA SOSIAL

1. GEJALA PONTENG SEKOLAH
DEFINISI
  • Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab
  • Lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran
  • Juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH
  • Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah
  • Kurangnya kasih sayang serta pemamtauan daripada ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Mencari keseronokan
  • Peraturan sekolah yang terlalu ketat
  • Tekanan ekonomi
KESAN PONTENG SEKOLAH
  • Pembaziran masa dan tenaga
  • Masyarakat memandang serong kepada pelajar
  • Masa depan tidak terjamin
  • Menjejaskan peratus kedatangan pelajar
  • Kesan gejala ponteng sekolah kepada guru
    • Memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah
    • Mengganggu proses pembelajaran
    • Memburukkan pencapaian mata pelajar
CARA MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH
  • Pelajar-pelajar diberikan motivasi kesedaran diri
  • Ibu bapa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak
  • Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
  • PIBG juga membantu sekolah
  • Masyarakat prihatin terhadap isu ini
  • Kempen "Sekolahku, syurgaku" dijalankan sepanjang tahun
  • Pihak polis membantu pihak sekolah
  • Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik

2.PENYALAHGUNAAN DADAH
FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH
  • Jika sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda
  • Kehidupan moden yang sangat sibuk dan merumitkan
  • Tekanan
  • Ingin mencuba
KESAN 
  • Mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah
  • Memusnahkan pelbagai organ dalam badan
  • Masalah sistem imun akan berlaku
LANGKAH
  • Melalui pemantauan yang kerap dan berterusan
  • Menguatkuasakan undang-undang negara
  • Memberi kaunseling

3. ISU MAT REMPIT
PUNCA
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Mengejar keseronokan
  • Kurang didikan agama
  • Desakan naluri
  • Cara hidup
  • Kurang kasih sayang ibu bapa
Kesan
  • Dari segi sosial
    • Mengancam keteramanan dan ketenangan suasana malam
    • Kes jenayah berlaku
  • Dari segi ekonomi
    • Membazirkan wang dalam mengubahsuai kenderaan
    • Melakukan jenayah dan merugikan ekonomi negara kita
  • Dari segi politik
    • Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit
    • Meruntuhkan imej negara
LANGKAH

  • Perhatian yang secukunya
  • Penguatkuasaan undang-undang
  • Motivasi dan kaunseling

4. PEMBUANGAN BAYI
FAKTOR-FAKTOR
  • Kurangan didikan agama
  • Keruntuhan institusi keluarga
KESAN
  • Menjatuhkan nama keluarga dan diri
  • Manusia menjadi tidak bertanggungjawab

6.4 ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DEFINISI
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
  • Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  • ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya
  • Guru-guru boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran 
  • Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap
  • Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan 
CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DISALAHGUNAKAN PADA ZAMAN INI YANG MENJEJASKAN KESANTUNAN
  • Jenayah siber
  • Penggodam maklumat
  • Bahan-bahan pornografi
  • Kewujudan budaya plagiarism
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  • Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dalam media sosial
  • Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK
  • Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat menggunakan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK
  • DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.

6.5 ISU-ISU TAMBAHAN 
  • Isu sikap ibu bapa dan masyarakat
  • Ustaz biar suami merogol anak didakwa
  • Ibu bapa bunuh anak sendiri, gagal bunuh diri
  • Ibu pelajar tampar guru
  • Isu pertembungan budaya




BAB 4: PERATURAN BERBAHASA

4.1 JENIS-JENIS PERATURAN BAHASA

PERATURAN LINGUISTIK
  • ·         Lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi
  • ·         Kegunaan kata ganti nama yang tepat
  • ·         Intonasi percakapan yang rendah
  • ·         Sebutan perkataan haruslah tepat serta halus

PERATURAN SOSIOLINGUISTIK
  • ·         Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain
  • ·         Penggunaan kata sapaan yang betul
  • ·         Kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat
  • ·         Gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain lagi
  • ·         Panggilan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya
  • ·         Kata ganti nama diri seperti tuan dan puan

Peraturan Pragmatik
  • ·         Penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
  • ·         Pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara
  • ·         Setiap wacana memerlukan pilihan kata yang berbeza dan sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
  • ·         Dapat mempengaruhi orang yang dipujuk

4.2 JARAK SOSIAL
  • ·         Perbezaan kelompok-kelompok mayarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradaban
  • ·         Perbezaan dalam ilmu pengetahuan kemajuan yang dimiliki seseorang atau masyarakat terhadap kemajuan dan pengetahuan  orang atau masyarakat lain
  • ·         Menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali apabila berbual dengan rakan-rakan berbanding dengan orang yang lebih tua daripada kita
  • ·         Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik




4.3 KONTEKS PERCAKAPAN

PENUTUR DAN PENDENGAR
  • ·         Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya
  • ·         Sesuatu ujaran akan membawa maksud yang berbeza apabila diucapkan kepada orang yang mempunyai umur yang berbeza

TOPIK PEMBICARAAN
  • ·         Mudah memahami isi wacana
  • ·         Menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang dibicarakan
  • ·         Kata-kata mempunyai makna yang berbeza kerana perlulah bergantung kepada topik pembicaraannya

LATAR PERISTIWA
  • ·         Tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan

PENGHUBUNG
  • ·         Medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan
  • ·         Menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan

LARAS BAHASA
  • ·         Memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan

BENTUK PESANAN DAN MAKLUMAT
  • ·         Tepat, karena bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental
  • ·         Sesuai dengan kehendak pendengar

PERISTIWA PERCAKAPAN
  • ·         Peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan
  • ·         Dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan 

4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT
  • ·         Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi
  • ·         Perlu selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan
  • ·         Bertepatan dengan suasana keadaan
  • ·         Bercakap tentang perkara yang penting dahulu
  • ·         Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap
  • ·         Menitikberatkan perkara yang penting dahulu supaya menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek

4.5 GILIRAN BERCAKAP
  • ·         Masyarakat melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
  • ·         Dalam berbicara, berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan

a)      “Menurut pandangan kamu bagaimana?”
b)      “Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
c)       “Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.”
d)      “ Bagaimana menurut pendapat anda.”
  • ·         Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar dan dititip secara santun
  • ·         Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali
  • ·         Aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib
  Dalam keluarga:
1.       Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2.       Ibu atau bapa
3.       Kakak atau abang yang lebih besar
4.       Pihak yang paling kecil, khususnya adik
  Di sekolah:
1.       Pengetua atau Guru Besar
2.       Penolong kanan sekolah
3.       Ketua unit atau jabatan
4.       Para pensyarah atau guru
5.       Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6.       Para pelajar

4.6 MEMULAKAN DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN
  • ·         Membuka percakapan dengan mengajukan pertanyaan atau memberi salam
  • ·         Mengakhiri percakapan dengan mengucap terima kasih, permohonan maaf, pernyataan harapan


4.7 PEMILIHAN KATA
  • ·         Gelaran pergaulan bebas untuk semua pihak
  • ·         Gelaran warisan untuk kerabat diraja
tj   





Monday, September 7, 2015

Bab 5: Strategi Kesantunan


  1. Strategi Kesantunan Verbal
    • kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis
    • Bahasa halus seperti: terima kasih, selamat datang
    • Kesantunan dalam bahasa juga boleh dilihatkan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai
    • Penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam masyarakat Malaysia:
      • Strategi toleransi
      • Strategi bertimbang rasa
      • Strategi memberi salam
      • Strategi bersopan santun
      • Strategi ramah mesra
      • Strategi tidak mementingkan diri
      • Strategi merendah diri
      • Strategi berterima kasih
  2. Strategi Kesantunan Nonverbal
    • Bahasa komunikasi bukan lisan yanh melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan
    • Gerakan anggota badan kita dapat menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain seperti gerakan mata dan mimik muka
    • Dalam interaksi dalam masyarakat Melayu, penekanan terhadap kesantunan berbahasa dengan menggunakan cara perkataan atau frasa diucapkan dan disertai oleh gerak badan seperti air muka, isyarat tangan serta gaya dan kedudukan badan pihak yang bertutur.
      • Contohnya, penerimaan sesuatu harus menggunakan tangan kanan
      • Ucapan meminta izin boleh digantikan dengan perlakuan bukan verbal seperti menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit lalu sambil meluruskan  tangan ke bawah.
         
    • Contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal ialah:
      • Strategi toleransi
      • Strategi bertimbang rasa
      • Strategi memberi salam 
      • Strategi bersopan santun
      • Strategi ramah mesra
      • Strategi tidak mementingkan diri sendiri
      • Strategi merendah diri
      • Strategi berterima kasih
  3. Strategi Kesantunan Lisan
    • Konsep air muka bermaksud imej diri dan peluntur di tempat awam (public self image). Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.
    • Bahasa dan tindakan tidak harus mengancami kehormatan orang lain, contohnya
      • Jika ingin meminjamkan pen dari cikgu, kami harus meminta izin dengan sopan seperti: Minta maaf kerana mengganggu, bolehkah saya meminjam pen tersebut?
    • Strategi berinteraksi mengutamakan dua jenis air muka iaitu:
      • positif 
      • negatif
  4. Empat strategi kesantunan lisan Brown & Levinson
    1. Strategi Langsung
      • melakukan FTA (perilaku yang mengancam air muka) 
      • menyatakan sesuatu dengan jelas dalm bentuk perintah
      • contohnya: Ambilkan minuman itu untuk saya.
    2. Strategi Kesantunan Negatif
      • Penutur menjaga ar muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya
      • contohnya: Saya rasa tindakan itu tidak betul.
    3. Strategi Kesantunan Positif
      • Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
      • contohnya: Tutupkan pintu jap.
    4. Strategi tidak Langsung 
      • Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturanya.
      • Digunakan apabila ada ancaman terhadap air muka
      • contohnya: Saya bukan sangat mempersetujui dengan idea kamu.
    • Orang melayu gunakan pertuturan yang strategik seperti
      • Strategi Ikhlas
        • Aku harapkan kamu tidak marah kepada saya, aku cuma nak memberitahukan tidak elok untuk berlepak semasa kuliah.
      • Strategi Maaf
        • Maafkan saya. saya ada pengumuman untuk disampaikan
      • Strategi Penyelesaian
        • Saya rasa untuk menjimatkan kos, kita boleh bersetujulah dengan cadangan itu.
      • Strategi Memberi Peluang
        • Apa kata kalau kami mendengarkan cadangan orang lain.
      • Strategi Berterima kasih 
        • Saya berterima kasih ya kerana pertolongan tadi.
      • Strategi Berhemah dan berlembut-lembut
        • Saya harapkan kamu boleh menerimakan nasihat saya ya, kerana perbuatan kamu tadi bukanlah amat bersantun.
  5. Strategi Kesantunan Penulisan
    • Empat strategi Kesantunan Penulisan Brown & Levinson
      • Strategi Langsung
      • Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
      • Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
      • Strategi tidak Langsung
    • Dalam artikel Budi Bahasa Makin Terhakis, strategi kesantunan penulisan yang digunakan ialah:
      • memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap tajuk, iaitu Budi Bahasa Yang Semakin Terhakis
      • Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
      • Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan
      • Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan
      • Penulisan secara formal dan sesuai digunakan 
      • Memberikan nasihat dan cadangan 
      • Penulisan yang jelas dan mudah difahami
    • Dalam artikel seterusnya yang bertajuk Hilangnya Kesantunan Bahasa Kita, Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel:
      • Memperkenalkan tokoh-tokoh bahasa terkenal di Malaysia
      • Menyampaikan sifat-sifat kesantunan yang perlu ada
      • Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
      • Penulisan tidak bersifat agresif dalam melakukan kritikan
      • Tiada bahasa kasar/ bahasa pasar
      • Penulisan yang formal dan sesuai
      • memberikan cadangan dan nasihat
      • penulisan jelas dan mudah difahami
      • keikhlasan ditunjuk

Untuk artikel tersebut, sila melayari:












Bab 3: Bentuk dan Jenis Kesantunan


  1. Pendahuluan
    • Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
  2. Kesantunan Verbal
    • Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Awang Juhari Muin, 1992)
    • Kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan.
    • Contohnya, komunikasi melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah
    • Semasa berkomunikasi, komponen-komponen berbahasa perlu digunankan dengan betul kerana kesantunan bahasa verbal merujuk kepada percakapan lisan dan pertuturan
    • Aspek-aspek kesantunan verbal termasuk:
      • cara sapaan lisan menurut bahasa melayu  Melayu dengan sopan santun
      • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa kesopanan
      • sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri dalam bahasa Melayu
      • penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian dengan kalangan yang berbeza 
      • sistem panggilan kekelurgaan:
        • Pertalian darah : Pak Long, Mak Long
        • Gabungan nama kekelurgaan asas: Abang, Kak
        •  Ikatan perkahwinan: Pak mentua, Abang Ipar
        • Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja ( Formal): Tuan, Encik, Puan
      • Gelaran Warisan: Raja, Pangeran, Tengku, Megat, Wan, Syarif, Syeikh, Raden, Daeng
      • Gelaran Kurniaan; Tun, Puan Sri
        • Terdapat juga rujukan hormat dalam majlis rasmi yang patut dipanggil
    • Komunikasi bukan lisan ini melibatkan pengerakan badan, ekspresi wajah dan postur badan untuk menerangkan sesuatu dengan lebih mendalam
    • Komunikasi non-verbal
      • komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh
      • Tujuannya untuk menyampaikan mesej yang sukar dihantar melalui pertuturan atau tulisan dan menggambarkan personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu
      • Fungsi komunikasi non-verbal:
        • Pengulangan: penggantian, kontradiksi, pelengkap, penegasan
      • Aspek-aspek Kesantunan Non-Verbal
        • Gerakan Anggota Badan seperti isyarat gerakan tangan, air muka, bahasa tubuh
        • Gerakan Mata seperti mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
        • Gerakan Tangan seperti meletakkan jari telunjuk depan mulut yang bermakna tolong diam
        • Mimik muka seperti melalui pengamatan air muka orang yang sedang berinteraksi 
    • Kesantunan Lisan
      • Dikenali sebagai komunikasi verbal yang merupakan komunikasi dua hala yang langsung ketika dua orang yang berbual
      • mengeratkan silaturahim antara dua pihak jika dilaksanakan dengan penuh kesantunan
      • melibatkan:
        • penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
        • penggunaan bahasa tubuh yang  beradab dan bertatasusila
      • Dari segi bahasa, aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah:
        • sebutan yang sopan
        • suara dan intonasi yang sopan
        • pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
        • penggunaan kata sapaan dan sistem sapaan
        • gaya bahasa yang sesuai
        • isi perbincangan yang tidak sopan
      • Dari sedi tubuh badan, aspek-asek yang perlu diperhatikan ialah:
        • gaya percakapan yang sopan
        • pendang mata sesuai
        • gerakan yang bertatasusila
        • mimik muka dan hayunan tangan yang positif
        • imej diri
      • Komunikasi secara lisan termasuk:
        • Rasmi/ Formal
        • Tidak rasmi/ Tidak Formal
        • Memerlukan peraturan  yang berbeza dalam segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku
    • Kesantunan Penulisan 
        • Komunikasi bertulis memperhatikan proses komunikasi intrapersonal.
        • memerlukan  penelitian yang mendalam dan serius
          • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat 
          • Kesantunan bahasa dapat dilihat dalamnya
          • Aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:
            • Penggunaan kata panggilan yang betul
            • Kata sapaan yang betul
            • Gaya bahasa yang betul
            • Pemilihan kata dan ayat yang sesuai
            • Isi yang tidak sensitif
          • Protokol Panggilan Hormat perlu diikuti seperti:
            • Yang di-Pertuan Agong dipanggil Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
            • Yang Dipertua Negeri depanggil Tuan Yang Terutama

      Tutorial:
      1. Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.
      • Kami boleh menghormati orang lain semasa meninggalkan dalam dorm yang disediakan oleh IPG yang merangkumi pelbagai jenis kaum. Kepercayaan dan ritual agama berlainan kaum tidak harus dikacaukan.
      1. Senaraikan lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid di sekolah, kemudian berikan contoh dialog yang sesuai dengan menekankan aspek kesantunan verbal.
      • Bersalam apabila bertemu dengan cikgu-cikgu
      • menggunakan gelaran yang menunjukkan murid menghormati cikgu
      • meminta izin apabila ingin meminjam sesuatu
      • ton yang lembut dan sopan
      • percakapan yang sesuai dan tidak kasar
        • Contohnya,
      Cikgu: Selamat petang. murid-murid.
      Pelajar-pelajar: Selamat pagi. cikgu
      Cikgu: Baik. Hari ini cikgu nak murid-murid sekalian untuk melukiskan rumah idaman. Bermulakan sekarang.
      Pelajar-pelajar: Ya.Cikgu. 
      Ah Meng: Minta maaf kerana mengganggu, bolehkah saya pinjamkan pensel?
      Cikgu: Boleh. Mailah ambil.
      Ah Meng: Terima Kasih Cikgu.

      Tutorial 2
      Dengan sokongan grafik, bandingkan bezanya pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.
      Pelbagai jenis posisi badan akan menunjukkan emosi yang dialami oleh seorang. Sebagai contoh, seorang yang sedang mendengar pembualan akan memandangkan orang tersebut manakala seorang yang berpusing badan semasa membual bermaksud dia tidak mahu lagi meneruskan konversi itu.



      Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis kesantunan nonverbal dalam masyarakat Melayu.
      • menggunakan gerakan badan, mimik muka dan gerakan mata yang sesuai semasa perbualan
      • menggunakan tangan kanan semasa makan
      • menundukkan badan sedikit semasa meminta lalu

      Tutorial 3
      Dengan merujukkan bahan multinedia, jelaskan bagaimana kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dangan penerima mesej.
      Kalau pemberi mesej dapat menggunakan cara percakapan yang sopan santun, bijak memilih perkataan dengan menggabungkan bahasa tubuh yang sesuai, penerima mesej akan lebih jelas dengan apa yang telah dicakap dan akan menerusikan perbualan dengan santun.

      Berdasarkan hasil pembelajaran anda huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
      Malaysia memang mengandungi masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Oleh sebab kepercayaan dan budaya setiap kaum berlainan, kesantunan lisan perlu ada dalam setiap rakyat. Kita perlu menghormati setiap budaya kesantunan dalam setiap kaum. Sebagai contoh, Masyarakat Cina perlu menggunakan perkataan yang dianggap sopan dalam masyarakat Melayu dan India. 

      Tutorial 4
      Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan jenis-jenis kesantunan bahasa yang telah dielajari.
      Saya telah mempelajari kesantunan verbal, nonverbal, lisan dan penulisan. Kesantunan verbal bermaksud kesopanan dan kehalusan semasa berkomunikasi sama ada menggunakan lisan atau tulisan. Kesantunan nonverbal adalah komunikasi tanpa kata-kata (bahasa badan atau bahasa tubuh). Kesantunan lisan ialah komunikasi verbal yang dua hala apabila pergaulan. Kesantunan Penulisan ialah kegiatan merakam idea yang akan dibaca nanti yang perlukan kesantunan.



      Huraikan contoh-contoh kesantunan penulisan yang terdapat dalam bahan-bahan penulisan yang terpilih.

      • Penggunaan kata yang betul
      • kata sapaan yang betul
      • gaya bahasa yang betul
      • pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
      • Isi yang tidak sensitif


      Sunday, September 6, 2015

      Bab 2: Kesantunan Berbahasa

      1. Konsep Kesantunan
        • Halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
        • merangkumi aspek-aspek berikut: 
        • Kesantunan yang boleh mencerminkan kesopanan yang halus
        • Kesantunan yang kontekstual
        • Kesantunan apabila dlam hubungan dua pihak
        • Kesantunan yang tercermin dalam aspek-aspek kehidupan
      2. Takrifan Kesantunan oleh tokoh-tokoh Dunia
        • Menurut Asmah Haji Osmar(2002), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkann kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
        • Kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu
        • melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan perbezaan taraf sosial dan pengawalan perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka 
        • Terbahagi kepada 2 jenis:
          • kesantunan asas
            • kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain
            • menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain
          • kesantunan berkala
            • kesantunan yang menggambarkan ucapan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu
            • Contohnya, apabila kita bercakap dengan golongan beraja, kita wajar menggunakan perkataan istana seperti beta, hamba dan sebagainya
        • Leech (1983) menginterpretasikan kesantunan itu perlakuan yang dapat mengurangkan pengeseran dalam sebuah interaksi
        • Setiap golongan masyarakat perlu mengikuti norma masyarakat dalam aspek pergaulan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.
        • Menurut Aristotle, ketinggian darjat diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
        • Pengertian yang diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan akhlak seseorang.
        • Dalam masyarakat melayu, kesantunan diperkukuhkan dengan agama Islam yang dianuti.
        • Kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya 
        • Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa yang tidak sopan, kami dapat mengerti maksud sebenar kesantunan bahasa.
      3. Penjagaan Muka sebagai Asas Kesantunan 
        • Kesantunan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik
        • Konsep malu begitu dipandang tinggi sampai menjadi asas didikan anak-anak kerana difahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
        • Peribahasa "menconteng arang di muka" dan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" digunakan untuk mengkritikkan orang yang tidak menjaga mukanya dengan penuh maruah.
      4. Kesantunan Merentas Budaya
        • Dengan fahaman bahasa Inggeris, kebudayaan disebutkan sebagai culture .
        • Edward B. Edward melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan lain-lain.
        • Keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok hidup.
        • Semakin tinggi nilai kesantunan yang diamalkan, maka semakin tinggilah budaya sesuatu masyarakat itu.
      5. Komunikasi Silang Budaya
        • komunikasi yang melibat individu daripada latar budaya yang pelbagai.
        • Segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.
      6. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Malaysia
        • Kesantunan banyak diamalkan dalam masyarakat Malaysia, antaranya yang paling ketara dilihati ialah:
          • Dalam masyarakat Melayu, mereka sentiasa memberi salam apabila bersua muka
          • Dalam masyarakat Cina,  mereka sentiasa menunduk ketika memberi salam
          • Dalam masyarakat India, mereka salam orang yang lebih tua dari mereka
      7. Kesantunan Merentas Budaya dalam Pendidikan
        • nilai-nilai kesantunan perlu diamalkan dari segi:
          • kesantunan berpakaian
          • kesantunan tingkah laku
          • kesantunan berkomunikasi
      Tutorial 1
      1. Jelaskan konsep kesantunan mengikut kefahaman dan budaya anda sendiri setelah mengikut kuliah tentang konsep kesantunan.
      -Pada pendapat saya, konsep kesantunan ialah sikap, tatacara, perangai seseorang  berkomunikasi  dengan orang lain yang mencerminkan kehalusan kesopanan yang dapat dinampakkan setiap hari.

      2.Berikan ulasan anda terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dunia.
      -Dari takrifan-takrifan kesantunan yang diberi oleh tokoh-tokoh, saya mendapati bahawa kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti  dan sebagainya. Terdapat dua jenis kesantunan yang dibahagikan sebagai kesantunan asas dan berkala.
      3.Jelaskan perbandingan konsep kesantunan berdasarkan pelbagai bangsa di Malaysia.
      -Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa, kaum dan juga budaya. Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja dan maskudnya boleh mengalami sedikit perubahan dalam setiap agaa dan bangsa.Sebagai contoh, dalam masyarakat kita terdapat pelbagai bangsa seperti Melayu, India dan Cina dan nilai-nilai kesantunan mereka juga berbeza seperti masyarakat Melayu menggunakan panduan ajaran Islam dan masyarakat Cina menggunakan ajaran Buddha atau Konfusius.

      Tutorial 2
      1. Jelaskan konsep penjagaan muka mengikut kefahaman diri.
      Pada kefahaman saya, konsep penjagaan muka ialah seseorang yang menjaga harga diri dan maruah diri semasa berkomunikasi. Semasa berkomunikasi, mereka yang menjaga air muka, lidah dan hatinya supaya tidak memalukan diri sendiri serta keluarganya.
      2. Mengapakan penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat?
      Penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat kerana ia boleh mengekalkan komunikasi yang sopan dan teratur dalam sesebuah pergaulan.
      3. Air muka seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai.

      Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mendatangkan malu atau aib kepada keluarga dengan melakukan perkara yang melanggar kehendak dan norma masyarakat kerana dianggap tidak bermaruah.

      Tutorial 3
      1. Jelaskan konsep kesantunan merentas budaya berdasarkan kefahaman anda sendiri.
      -Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati dalam interaksi sosial.Konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaannya. Perhubungan antaranya ialah semakin tinggi nilai kesantunan itu diamalkan, maka semakin tinggilah budaya di masyarakat itu.
      2. Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
      -Perselilihan timbul kerana kepercayaan dan budaya yang tidak sama. Pandangan yang berbeza terhadap dunia seperti idealogi akan menimbulkan salah faham dan semua kaum perlu menghayati dan memahami nilai-nilai budaya kaum lain.

      Bab 1: Kesantunan Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

      1. Pengertian Budi
        • Merupakan peribadi insan yang mulia, fikiran yang baik dan bijaksana dengan perbuatan yang berakhlak dan beriman.
        • Didefinisikan dalam Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat yang baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan upaya yang baik.
        • Dalam masyarakat melayu, seorang yang berbudi akan dipandang tinggi dan dihormati oleh kalangan masyarakat.
        • Pendidikan akhlak amat dipentingkan dalam kalangan melayu kita.
      2. Pengertian Bahasa
        • Dalam kamus dewan (2002), bahasa dimaksudkan simtem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dan percakapan yang baik,tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
        • Ciri-ciri bahasa seperti berikut:
          • bersistem dan sistematik
          • Arbitrari
          • Vokal
          • Simbol
          • Alat komunikasi
          • Dinamis
      3. Pengertian Budi Bahasa
        • Budi + Bahasa = Budi Bahasa 
        • Merupakan nilai murni yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu untuk menjaga keharmonian masyarakat.
        • Menurut DBP, budi bahasa merangkumi  pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurahdan sebagainya yang dikenali sebagai nilai-nilai murni.
        • Budi bahasa juga diajarkan daripada pelbagai agama.
        • Budi bahasa perlu berpegang kepada nilai-nilai berbudi bahasa untuk mencapaikan wawasan 2020.
      4. Ciri-ciri budi bahasa
        • seseorang hendaklah bersopan santun dalam pertuturan kata
        • jujur dalam melakukan sesuatu kebaikan
        • tidak sombong dan merendahkan diri
        • menolongkan orang lain
        • seorang pemaaf yang ikhlas dari hati
        • seorang yang sabar dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi
        • Dalam masyarakat Melayu, juga terdapat perkara-perkara mengenai adat resam dan agama yang perlu dibuat untuk berbudi bahasa.
      5. Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia
        • Dipentingkan dalam setiap rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan agama
        • Dalam masyarakat Melayu.
          • Selaras dengan ajaran Islam
          • bercakap dengan nada yang lembut
          • menunduk badan apabila dengan orang tua
          • salam diberikan semasa bertemu
          • memakaikan pakaian yang menutup aurat 
          • tidak bercakap semasa makan 
        • Dalam masyarakat Cina
          • makan dengan menggunakan penyepit
          • sopan santun semasa bergaul dengan ibu-bapa
          • hormat-menghormati
          • menundukkan badan semasa memberi salam
          • melayan tetamu dengan baik
          • pemurah
        • Dalam masyarakat India
          • duduk ketika makan 
          • menjaga ibu bapa yang uzur
          • tidak bising ketika sembahyang
          • bersabar dan tidak bermarah
          • berpakaian tidak bercolek mata
          • tidak meninggikan suara semasa pertuturan

      Tutorial Kuliah 1:
      Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
      Budi bahasa ialah penggabungan dua perkataan iaitu budi dan bahasa. Budi dikatakan sebagai tingkah laku yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Bahasa pula merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan. Budi bahasa bermaksud tutur kata yang halus dan santun yang terdapat dalam seseorang yang mempunyai budi bahasa. Secara keseluruhannya, budi bahasa meliputi banyak aspek seperti pertuturan kata, perbuatannya, cara pemikiran, perasaan dan kepercayaan yang amat halus seperti sikap yang tertib, santun, simpati dan rendah diri.

      Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.
      1. Dalam perspektif orang Melayu, budi bahasa ialah menurut ajaran Islam. Budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Seorang yang berbudi bahasa akan mempamerkan akhlak yang mulia. 
      2. Dalam perspektif orang Cina, budi bahasa mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam agama Buddha dan Konfusius. Buddha telah mengatakan bahawa: "Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world." Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan yang meningkatkan hubungan yang baik dan harmonis yang akan wujud jika nilai berbudi bahasa diamalkan antara satu sama lain.
      3. Dalam perspektif agama India, nilai budi bahasa amat dinitikberatkan dalam sistem kekeluargaan bagi wujudnya perpaduan. Nilai ini diturunkan generasi selepas generasi kerana menurut konsep ashrama dharma (tahap yang perlu dilalui oleh manusia) dan aspek pursharta (berasaskan moral dan etika).
      Ulas pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
      Tegak rumah kerana sendi,
      Runtuh sendi rumah binasa,
      Sendi bangsa ialah budi,
      Runtuh budi, runtuhlah bangsa. 
      Pantun itu menjelaskan rumah hanya boleh tegak jika ada sendi untuk mengukuhkannya. Jika sendi runtuh makanya rumah akan dimusnah. Pengukuhan bangsa ialah budi, jikalau runtuhnya budi, makanya runtuhnya bangsa.

      Tutorial 2:
      Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim anggota pun roboh." Berikan ulasan anda.
      Gurindam itu bermakna jika hati kita zalim dan tidak budi bahasa, kita juga roboh sebagai orang. Seorang perlu adanya nilai murni supaya dipandan gtinggi oleh masyarakat dan dapat menjagakan maruah kita sebagai manusia yang bersantun.

      Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan
      Masyarakat malaysia kini tidak memandang tinggi kepada amalan budi bahasa dan mengejarkan kekayaan berbentuk fizikal. Selain itu, remaja kini kian tejerumus dalam isu-isu sosial yang menjejaskan kesantunan dalam negara kita. Ibu bapa juga tidak memainkan peranan mereka sebagai pendidik moral dan agama yang pertama dalam kehidupan anak-anak. Seterusnya,  

      Bagaimanakah cara untuk meningkatkan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita?
       Ibu bapa harus  memberi pendekatan dan pengetahuan tentang subjek ini kepada anak-anak mereka dalam aspek agama dna moral. Pakaian yang menutupkan segala keaiban bentuk fizikal kita juga merupakan sebentuk kesantunan yang harus diamali. Seterusnya, cara pertuturan perlu diperhatikan dalam situasi yang berbeza.