Sunday, September 6, 2015

Bab 2: Kesantunan Berbahasa

  1. Konsep Kesantunan
    • Halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
    • merangkumi aspek-aspek berikut: 
    • Kesantunan yang boleh mencerminkan kesopanan yang halus
    • Kesantunan yang kontekstual
    • Kesantunan apabila dlam hubungan dua pihak
    • Kesantunan yang tercermin dalam aspek-aspek kehidupan
  2. Takrifan Kesantunan oleh tokoh-tokoh Dunia
    • Menurut Asmah Haji Osmar(2002), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkann kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
    • Kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu
    • melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan perbezaan taraf sosial dan pengawalan perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka 
    • Terbahagi kepada 2 jenis:
      • kesantunan asas
        • kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain
        • menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain
      • kesantunan berkala
        • kesantunan yang menggambarkan ucapan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu
        • Contohnya, apabila kita bercakap dengan golongan beraja, kita wajar menggunakan perkataan istana seperti beta, hamba dan sebagainya
    • Leech (1983) menginterpretasikan kesantunan itu perlakuan yang dapat mengurangkan pengeseran dalam sebuah interaksi
    • Setiap golongan masyarakat perlu mengikuti norma masyarakat dalam aspek pergaulan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.
    • Menurut Aristotle, ketinggian darjat diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
    • Pengertian yang diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan akhlak seseorang.
    • Dalam masyarakat melayu, kesantunan diperkukuhkan dengan agama Islam yang dianuti.
    • Kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya 
    • Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa yang tidak sopan, kami dapat mengerti maksud sebenar kesantunan bahasa.
  3. Penjagaan Muka sebagai Asas Kesantunan 
    • Kesantunan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik
    • Konsep malu begitu dipandang tinggi sampai menjadi asas didikan anak-anak kerana difahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
    • Peribahasa "menconteng arang di muka" dan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" digunakan untuk mengkritikkan orang yang tidak menjaga mukanya dengan penuh maruah.
  4. Kesantunan Merentas Budaya
    • Dengan fahaman bahasa Inggeris, kebudayaan disebutkan sebagai culture .
    • Edward B. Edward melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan lain-lain.
    • Keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok hidup.
    • Semakin tinggi nilai kesantunan yang diamalkan, maka semakin tinggilah budaya sesuatu masyarakat itu.
  5. Komunikasi Silang Budaya
    • komunikasi yang melibat individu daripada latar budaya yang pelbagai.
    • Segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.
  6. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Malaysia
    • Kesantunan banyak diamalkan dalam masyarakat Malaysia, antaranya yang paling ketara dilihati ialah:
      • Dalam masyarakat Melayu, mereka sentiasa memberi salam apabila bersua muka
      • Dalam masyarakat Cina,  mereka sentiasa menunduk ketika memberi salam
      • Dalam masyarakat India, mereka salam orang yang lebih tua dari mereka
  7. Kesantunan Merentas Budaya dalam Pendidikan
    • nilai-nilai kesantunan perlu diamalkan dari segi:
      • kesantunan berpakaian
      • kesantunan tingkah laku
      • kesantunan berkomunikasi
Tutorial 1
1. Jelaskan konsep kesantunan mengikut kefahaman dan budaya anda sendiri setelah mengikut kuliah tentang konsep kesantunan.
-Pada pendapat saya, konsep kesantunan ialah sikap, tatacara, perangai seseorang  berkomunikasi  dengan orang lain yang mencerminkan kehalusan kesopanan yang dapat dinampakkan setiap hari.

2.Berikan ulasan anda terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dunia.
-Dari takrifan-takrifan kesantunan yang diberi oleh tokoh-tokoh, saya mendapati bahawa kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti  dan sebagainya. Terdapat dua jenis kesantunan yang dibahagikan sebagai kesantunan asas dan berkala.
3.Jelaskan perbandingan konsep kesantunan berdasarkan pelbagai bangsa di Malaysia.
-Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa, kaum dan juga budaya. Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja dan maskudnya boleh mengalami sedikit perubahan dalam setiap agaa dan bangsa.Sebagai contoh, dalam masyarakat kita terdapat pelbagai bangsa seperti Melayu, India dan Cina dan nilai-nilai kesantunan mereka juga berbeza seperti masyarakat Melayu menggunakan panduan ajaran Islam dan masyarakat Cina menggunakan ajaran Buddha atau Konfusius.

Tutorial 2
1. Jelaskan konsep penjagaan muka mengikut kefahaman diri.
Pada kefahaman saya, konsep penjagaan muka ialah seseorang yang menjaga harga diri dan maruah diri semasa berkomunikasi. Semasa berkomunikasi, mereka yang menjaga air muka, lidah dan hatinya supaya tidak memalukan diri sendiri serta keluarganya.
2. Mengapakan penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat?
Penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat kerana ia boleh mengekalkan komunikasi yang sopan dan teratur dalam sesebuah pergaulan.
3. Air muka seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai.

Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mendatangkan malu atau aib kepada keluarga dengan melakukan perkara yang melanggar kehendak dan norma masyarakat kerana dianggap tidak bermaruah.

Tutorial 3
1. Jelaskan konsep kesantunan merentas budaya berdasarkan kefahaman anda sendiri.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati dalam interaksi sosial.Konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaannya. Perhubungan antaranya ialah semakin tinggi nilai kesantunan itu diamalkan, maka semakin tinggilah budaya di masyarakat itu.
2. Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
-Perselilihan timbul kerana kepercayaan dan budaya yang tidak sama. Pandangan yang berbeza terhadap dunia seperti idealogi akan menimbulkan salah faham dan semua kaum perlu menghayati dan memahami nilai-nilai budaya kaum lain.

No comments:

Post a Comment