4.1 JENIS-JENIS PERATURAN BAHASA
PERATURAN LINGUISTIK
- · Lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi
- · Kegunaan kata ganti nama yang tepat
- · Intonasi percakapan yang rendah
- · Sebutan perkataan haruslah tepat serta halus
PERATURAN SOSIOLINGUISTIK
- · Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain
- · Penggunaan kata sapaan yang betul
- · Kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat
- · Gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain lagi
- · Panggilan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya
- · Kata ganti nama diri seperti tuan dan puan
Peraturan Pragmatik
- · Penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
- · Pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara
- · Setiap wacana memerlukan pilihan kata yang berbeza dan sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
- · Dapat mempengaruhi orang yang dipujuk
4.2 JARAK SOSIAL
- · Perbezaan kelompok-kelompok mayarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradaban
- · Perbezaan dalam ilmu pengetahuan kemajuan yang dimiliki seseorang atau masyarakat terhadap kemajuan dan pengetahuan orang atau masyarakat lain
- · Menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali apabila berbual dengan rakan-rakan berbanding dengan orang yang lebih tua daripada kita
- · Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik
4.3 KONTEKS PERCAKAPAN
PENUTUR DAN PENDENGAR
- · Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya
- · Sesuatu ujaran akan membawa maksud yang berbeza apabila diucapkan kepada orang yang mempunyai umur yang berbeza
TOPIK PEMBICARAAN
- · Mudah memahami isi wacana
- · Menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang dibicarakan
- · Kata-kata mempunyai makna yang berbeza kerana perlulah bergantung kepada topik pembicaraannya
LATAR PERISTIWA
- · Tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan
PENGHUBUNG
- · Medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan
- · Menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan
LARAS BAHASA
- · Memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan
BENTUK PESANAN DAN MAKLUMAT
- · Tepat, karena bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental
- · Sesuai dengan kehendak pendengar
PERISTIWA PERCAKAPAN
- · Peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan
- · Dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan
4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT
- · Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi
- · Perlu selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan
- · Bertepatan dengan suasana keadaan
- · Bercakap tentang perkara yang penting dahulu
- · Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap
- · Menitikberatkan perkara yang penting dahulu supaya menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek
4.5 GILIRAN BERCAKAP
- · Masyarakat melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
- · Dalam berbicara, berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan
a)
“Menurut pandangan kamu bagaimana?”
b)
“Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
c)
“Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang
lebih baik.”
d)
“ Bagaimana menurut pendapat anda.”
- · Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar dan dititip secara santun
- · Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali
- · Aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib
1.
Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman,
kebiasaannya datuk dan nenek.
2.
Ibu atau bapa
3.
Kakak atau abang yang lebih besar
4.
Pihak yang paling kecil, khususnya adik
Di sekolah:
1.
Pengetua atau Guru Besar
2.
Penolong kanan sekolah
3.
Ketua unit atau jabatan
4.
Para pensyarah atau guru
5.
Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6.
Para pelajar
4.6 MEMULAKAN
DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN
- · Membuka percakapan dengan mengajukan pertanyaan atau memberi salam
- · Mengakhiri percakapan dengan mengucap terima kasih, permohonan maaf, pernyataan harapan
4.7 PEMILIHAN
KATA
- · Gelaran pergaulan bebas untuk semua pihak
- · Gelaran warisan untuk kerabat diraja
tj
No comments:
Post a Comment