- Pengertian Budi
- Merupakan peribadi insan yang mulia, fikiran yang baik dan bijaksana dengan perbuatan yang berakhlak dan beriman.
- Didefinisikan dalam Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat yang baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan upaya yang baik.
- Dalam masyarakat melayu, seorang yang berbudi akan dipandang tinggi dan dihormati oleh kalangan masyarakat.
- Pendidikan akhlak amat dipentingkan dalam kalangan melayu kita.
- Pengertian Bahasa
- Dalam kamus dewan (2002), bahasa dimaksudkan simtem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dan percakapan yang baik,tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
- Ciri-ciri bahasa seperti berikut:
- bersistem dan sistematik
- Arbitrari
- Vokal
- Simbol
- Alat komunikasi
- Dinamis
- Pengertian Budi Bahasa
- Budi + Bahasa = Budi Bahasa
- Merupakan nilai murni yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu untuk menjaga keharmonian masyarakat.
- Menurut DBP, budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurahdan sebagainya yang dikenali sebagai nilai-nilai murni.
- Budi bahasa juga diajarkan daripada pelbagai agama.
- Budi bahasa perlu berpegang kepada nilai-nilai berbudi bahasa untuk mencapaikan wawasan 2020.
- Ciri-ciri budi bahasa
- seseorang hendaklah bersopan santun dalam pertuturan kata
- jujur dalam melakukan sesuatu kebaikan
- tidak sombong dan merendahkan diri
- menolongkan orang lain
- seorang pemaaf yang ikhlas dari hati
- seorang yang sabar dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi
- Dalam masyarakat Melayu, juga terdapat perkara-perkara mengenai adat resam dan agama yang perlu dibuat untuk berbudi bahasa.
- Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia
- Dipentingkan dalam setiap rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan agama
- Dalam masyarakat Melayu.
- Selaras dengan ajaran Islam
- bercakap dengan nada yang lembut
- menunduk badan apabila dengan orang tua
- salam diberikan semasa bertemu
- memakaikan pakaian yang menutup aurat
- tidak bercakap semasa makan
- Dalam masyarakat Cina
- makan dengan menggunakan penyepit
- sopan santun semasa bergaul dengan ibu-bapa
- hormat-menghormati
- menundukkan badan semasa memberi salam
- melayan tetamu dengan baik
- pemurah
- Dalam masyarakat India
- duduk ketika makan
- menjaga ibu bapa yang uzur
- tidak bising ketika sembahyang
- bersabar dan tidak bermarah
- berpakaian tidak bercolek mata
- tidak meninggikan suara semasa pertuturan
Tutorial Kuliah 1:
Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
Budi bahasa ialah penggabungan dua perkataan iaitu budi dan bahasa. Budi dikatakan sebagai tingkah laku yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Bahasa pula merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan. Budi bahasa bermaksud tutur kata yang halus dan santun yang terdapat dalam seseorang yang mempunyai budi bahasa. Secara keseluruhannya, budi bahasa meliputi banyak aspek seperti pertuturan kata, perbuatannya, cara pemikiran, perasaan dan kepercayaan yang amat halus seperti sikap yang tertib, santun, simpati dan rendah diri.
Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.
- Dalam perspektif orang Melayu, budi bahasa ialah menurut ajaran Islam. Budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Seorang yang berbudi bahasa akan mempamerkan akhlak yang mulia.
- Dalam perspektif orang Cina, budi bahasa mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam agama Buddha dan Konfusius. Buddha telah mengatakan bahawa: "Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world." Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan yang meningkatkan hubungan yang baik dan harmonis yang akan wujud jika nilai berbudi bahasa diamalkan antara satu sama lain.
- Dalam perspektif agama India, nilai budi bahasa amat dinitikberatkan dalam sistem kekeluargaan bagi wujudnya perpaduan. Nilai ini diturunkan generasi selepas generasi kerana menurut konsep ashrama dharma (tahap yang perlu dilalui oleh manusia) dan aspek pursharta (berasaskan moral dan etika).
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Pantun itu menjelaskan rumah hanya boleh tegak jika ada sendi untuk mengukuhkannya. Jika sendi runtuh makanya rumah akan dimusnah. Pengukuhan bangsa ialah budi, jikalau runtuhnya budi, makanya runtuhnya bangsa.
Tutorial 2:
Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim anggota pun roboh." Berikan ulasan anda.
Gurindam itu bermakna jika hati kita zalim dan tidak budi bahasa, kita juga roboh sebagai orang. Seorang perlu adanya nilai murni supaya dipandan gtinggi oleh masyarakat dan dapat menjagakan maruah kita sebagai manusia yang bersantun.
Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan
Masyarakat malaysia kini tidak memandang tinggi kepada amalan budi bahasa dan mengejarkan kekayaan berbentuk fizikal. Selain itu, remaja kini kian tejerumus dalam isu-isu sosial yang menjejaskan kesantunan dalam negara kita. Ibu bapa juga tidak memainkan peranan mereka sebagai pendidik moral dan agama yang pertama dalam kehidupan anak-anak. Seterusnya,
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita?
Ibu bapa harus memberi pendekatan dan pengetahuan tentang subjek ini kepada anak-anak mereka dalam aspek agama dna moral. Pakaian yang menutupkan segala keaiban bentuk fizikal kita juga merupakan sebentuk kesantunan yang harus diamali. Seterusnya, cara pertuturan perlu diperhatikan dalam situasi yang berbeza.
No comments:
Post a Comment