1. Buat perbincangan tentang punca masalah ponteng sekolah dan hasilkan sebuah peta minda dan nyatakan cara-cara mengatasi masalah ini. Cara mengatasi masalah ponteng sekolah:
Guru haruslah mengajar dengan lebih kreatif
Bijak memilih kawan
Ibu bapa sentiasa memberi perhatian
TUTORIAL
1. Nyatakan cara-cara mengatasi penagihan dadah yang lebih berkesan
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang
Ibu bapa mengajar anak tentang keburukan dadah
Kempen dadah diadakan kepada semua pihak
2. Bincangkan tentang cara-cara perubatan moden untuk mengatasi masalah ketagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada penagih.
Cara-cara perubatan moden:
Mendirikan pusat pemulihan dadah
Pengambilan Methadone yang dapat membantu penagih dadah mempunyai kekuatan dan kemahuan dalaman yang tinggi untuk menghentikan penagihan
Kesan penagihan dadah:
Kesihatan terjejas
Emosi terjejas
Membazir wang
Melakukan perkara yang tidak bermoral
Menjatuhkan imej negara dan keluarga
TUTORIAL
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial yang melanda generasi muda pada masa sekarang.
Ibu bapa haruslah memberi perhatian penuh kepada anak.
Ahli keluarga menjadi teladan yang baik.
Berkawan dengan kawan yang baik.
Menyemai nilai-nilai moral pada anak.
Memberi bimbingan agama terhadap anak.
TUTORIAL
1. Buat perbincangan tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Remaja menggunakan laman sosial untuk menyebarkan maklumat yang palsu.
Internet digunakan untuk melayari laman web lucah.
1 1. Bincang dan hasilkan contoh peraturan berbahasa daripada aspek jarak sosial dan konteks percakapan.
2. Gambaran tentang pentingnya peraturan berbahasa dalam kehidupan masyarakat Melayu banyak diungkapkan dalam puisi Melayu lama seperti pantun, peribahasa dan lain-lain. Cari sebuah pantun atau peribahasa atau bahan lain yang menyentuh tentang peraturan berbahasa dalam pergaulan dalam masyarakat.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa
ekonomi negara dapat ditingkatkan hasil daripada pendidikan yang berkualiti
dapat melahirkan banyak tenaga pakar di negara kita
dapat menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara lain
dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara maju yang lain
menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pendidikan serantau
6.2 ISU MEDIA
KEPENTINGAN
Sumber maklumat yang boleh didapati dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa
Sebagai media komunikasi yang lebih efisien
Sebagai media hiburan
Sarana pendidikan dengan adanya buku digital yang mudah dan praktikal
6.3 ISU GEJALA SOSIAL
1. GEJALA PONTENG SEKOLAH
DEFINISI
Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab
Lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran
Juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH
Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah
Kurangnya kasih sayang serta pemamtauan daripada ibu bapa
Pengaruh rakan sebaya
Mencari keseronokan
Peraturan sekolah yang terlalu ketat
Tekanan ekonomi
KESAN PONTENG SEKOLAH
Pembaziran masa dan tenaga
Masyarakat memandang serong kepada pelajar
Masa depan tidak terjamin
Menjejaskan peratus kedatangan pelajar
Kesan gejala ponteng sekolah kepada guru
Memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah
Mengganggu proses pembelajaran
Memburukkan pencapaian mata pelajar
CARA MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH
Pelajar-pelajar diberikan motivasi kesedaran diri
Ibu bapa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak
Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
PIBG juga membantu sekolah
Masyarakat prihatin terhadap isu ini
Kempen "Sekolahku, syurgaku" dijalankan sepanjang tahun
Pihak polis membantu pihak sekolah
Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
2.PENYALAHGUNAAN DADAH
FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH
Jika sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda
Kehidupan moden yang sangat sibuk dan merumitkan
Tekanan
Ingin mencuba
KESAN
Mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah
Memusnahkan pelbagai organ dalam badan
Masalah sistem imun akan berlaku
LANGKAH
Melalui pemantauan yang kerap dan berterusan
Menguatkuasakan undang-undang negara
Memberi kaunseling
3. ISU MAT REMPIT
PUNCA
Pengaruh rakan sebaya
Mengejar keseronokan
Kurang didikan agama
Desakan naluri
Cara hidup
Kurang kasih sayang ibu bapa
Kesan
Dari segi sosial
Mengancam keteramanan dan ketenangan suasana malam
Kes jenayah berlaku
Dari segi ekonomi
Membazirkan wang dalam mengubahsuai kenderaan
Melakukan jenayah dan merugikan ekonomi negara kita
Dari segi politik
Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit
Meruntuhkan imej negara
LANGKAH
Perhatian yang secukunya
Penguatkuasaan undang-undang
Motivasi dan kaunseling
4. PEMBUANGAN BAYI
FAKTOR-FAKTOR
Kurangan didikan agama
Keruntuhan institusi keluarga
KESAN
Menjatuhkan nama keluarga dan diri
Manusia menjadi tidak bertanggungjawab
6.4 ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DEFINISI
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya
Guru-guru boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan
CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DISALAHGUNAKAN PADA ZAMAN INI YANG MENJEJASKAN KESANTUNAN
Jenayah siber
Penggodam maklumat
Bahan-bahan pornografi
Kewujudan budaya plagiarism
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dalam media sosial
Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK
Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat menggunakan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK
DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.
·Lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan
bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi
·Kegunaan kata ganti nama yang tepat
·Intonasi percakapan yang rendah
·Sebutan perkataan haruslah tepat serta halus
PERATURAN SOSIOLINGUISTIK
·Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang
ketika bertutur dengan seseorang yang lain
·Penggunaan kata sapaan yang betul
·Kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang
ditentukan menurut sistem dalam masyarakat
·Gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri
dan lain-lain lagi
·Panggilan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang
Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan
sebagainya
·Kata ganti nama diri seperti tuan dan puan
Peraturan Pragmatik
·Penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan
tujuan komunikasi
·Pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai
dengan tujuan pembicara
·Setiap wacana memerlukan pilihan kata yang
berbeza dan sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
·Dapat mempengaruhi orang yang dipujuk
4.2 JARAK SOSIAL
·Perbezaan kelompok-kelompok mayarakat secara
horizontal berdasarkan jarak peradaban
·Perbezaan dalam ilmu pengetahuan kemajuan yang
dimiliki seseorang atau masyarakat terhadap kemajuan dan pengetahuanorang atau masyarakat lain
·Menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang
berbeza sama sekali apabila berbual dengan rakan-rakan berbanding dengan orang
yang lebih tua daripada kita
·Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah
darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan
dan etnik
4.3 KONTEKS PERCAKAPAN
PENUTUR DAN PENDENGAR
·Mengetahui latar belakang peserta pada suatu
situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan
penuturnya
·Sesuatu ujaran akan membawa maksud yang berbeza
apabila diucapkan kepada orang yang mempunyai umur yang berbeza
TOPIK PEMBICARAAN
·Mudah memahami isi wacana
·Menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik
yang sedang dibicarakan
·Kata-kata mempunyai makna yang berbeza kerana
perlulah bergantung kepada topik pembicaraannya
LATAR PERISTIWA
·Tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar
atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan
PENGHUBUNG
·Medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal
percakapan
·Menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau
tulisan
LARAS BAHASA
·Memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan
situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan
BENTUK PESANAN DAN MAKLUMAT
·Tepat, karena bentuk pesan dan maklumat bersifat
fundamental
·Sesuai dengan kehendak pendengar
PERISTIWA PERCAKAPAN
·Peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan
·Dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan
dihasilkan
4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT
·Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti
ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan
dan kedudukan sosioekonomi
·Perlu selari dengan kekhususan topic yang
dibicarakan
·Bertepatan dengan suasana keadaan
·Bercakap tentang perkara yang penting dahulu
·Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan
sebelum bercakap
·Menitikberatkan perkara yang penting dahulu
supaya menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek
4.5 GILIRAN BERCAKAP
·Masyarakat melayu akan mendahulukan orang-orang
tua semasa dalam perbualan
·Dalam berbicara, berikut adalah beberapa contoh
pola penggiliran dengan cara pertanyaan
a)“Menurut pandangan kamu bagaimana?”
b)“Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
c)“Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang
lebih baik.”
d)“ Bagaimana menurut pendapat anda.”
·Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar dan
dititip secara santun
·Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali
·Aturan giliran bercakap mengikut adab dan
tatatertib
Dalam
keluarga:
1.Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman,
kebiasaannya datuk dan nenek.
2.Ibu atau bapa
3.Kakak atau abang yang lebih besar
4.Pihak yang paling kecil, khususnya adik
Di sekolah:
1.Pengetua atau Guru Besar
2.Penolong kanan sekolah
3.Ketua unit atau jabatan
4.Para pensyarah atau guru
5.Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6.Para pelajar
4.6 MEMULAKAN
DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN
·Membuka percakapan dengan mengajukan pertanyaan
atau memberi salam
·Mengakhiri percakapan dengan mengucap terima
kasih, permohonan maaf, pernyataan harapan
kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis
Bahasa halus seperti: terima kasih, selamat datang
Kesantunan dalam bahasa juga boleh dilihatkan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai
Penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam masyarakat Malaysia:
Strategi toleransi
Strategi bertimbang rasa
Strategi memberi salam
Strategi bersopan santun
Strategi ramah mesra
Strategi tidak mementingkan diri
Strategi merendah diri
Strategi berterima kasih
Strategi Kesantunan Nonverbal
Bahasa komunikasi bukan lisan yanh melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan
Gerakan anggota badan kita dapat menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain seperti gerakan mata dan mimik muka
Dalam interaksi dalam masyarakat Melayu, penekanan terhadap kesantunan berbahasa dengan menggunakan cara perkataan atau frasa diucapkan dan disertai oleh gerak badan seperti air muka, isyarat tangan serta gaya dan kedudukan badan pihak yang bertutur.
Contohnya, penerimaan sesuatu harus menggunakan tangan kanan
Ucapan meminta izin boleh digantikan dengan perlakuan bukan verbal seperti menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit lalu sambil meluruskan tangan ke bawah.
Contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal ialah:
Strategi toleransi
Strategi bertimbang rasa
Strategi memberi salam
Strategi bersopan santun
Strategi ramah mesra
Strategi tidak mementingkan diri sendiri
Strategi merendah diri
Strategi berterima kasih
Strategi Kesantunan Lisan
Konsep air muka bermaksud imej diri dan peluntur di tempat awam (public self image). Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.
Bahasa dan tindakan tidak harus mengancami kehormatan orang lain, contohnya
Jika ingin meminjamkan pen dari cikgu, kami harus meminta izin dengan sopan seperti: Minta maaf kerana mengganggu, bolehkah saya meminjam pen tersebut?
Strategi berinteraksi mengutamakan dua jenis air muka iaitu:
positif
negatif
Empat strategi kesantunan lisan Brown & Levinson
Strategi Langsung
melakukan FTA (perilaku yang mengancam air muka)
menyatakan sesuatu dengan jelas dalm bentuk perintah
contohnya: Ambilkan minuman itu untuk saya.
Strategi Kesantunan Negatif
Penutur menjaga ar muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya
contohnya: Saya rasa tindakan itu tidak betul.
Strategi Kesantunan Positif
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
contohnya: Tutupkan pintu jap.
Strategi tidak Langsung
Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturanya.
Digunakan apabila ada ancaman terhadap air muka
contohnya: Saya bukan sangat mempersetujui dengan idea kamu.
Orang melayu gunakan pertuturan yang strategik seperti
Strategi Ikhlas
Aku harapkan kamu tidak marah kepada saya, aku cuma nak memberitahukan tidak elok untuk berlepak semasa kuliah.
Strategi Maaf
Maafkan saya. saya ada pengumuman untuk disampaikan
Strategi Penyelesaian
Saya rasa untuk menjimatkan kos, kita boleh bersetujulah dengan cadangan itu.
Strategi Memberi Peluang
Apa kata kalau kami mendengarkan cadangan orang lain.
Strategi Berterima kasih
Saya berterima kasih ya kerana pertolongan tadi.
Strategi Berhemah dan berlembut-lembut
Saya harapkan kamu boleh menerimakan nasihat saya ya, kerana perbuatan kamu tadi bukanlah amat bersantun.
Strategi Kesantunan Penulisan
Empat strategi Kesantunan Penulisan Brown & Levinson
Strategi Langsung
Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
Strategi tidak Langsung
Dalam artikel Budi Bahasa Makin Terhakis, strategi kesantunan penulisan yang digunakan ialah:
memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap tajuk, iaitu Budi Bahasa Yang Semakin Terhakis
Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan
Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan
Penulisan secara formal dan sesuai digunakan
Memberikan nasihat dan cadangan
Penulisan yang jelas dan mudah difahami
Dalam artikel seterusnya yang bertajuk Hilangnya Kesantunan Bahasa Kita, Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel:
Memperkenalkan tokoh-tokoh bahasa terkenal di Malaysia
Menyampaikan sifat-sifat kesantunan yang perlu ada
Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
Penulisan tidak bersifat agresif dalam melakukan kritikan
Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Kesantunan Verbal
Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Awang Juhari Muin, 1992)
Kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan.
Contohnya, komunikasi melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah
Semasa berkomunikasi, komponen-komponen berbahasa perlu digunankan dengan betul kerana kesantunan bahasa verbal merujuk kepada percakapan lisan dan pertuturan
Aspek-aspek kesantunan verbal termasuk:
cara sapaan lisan menurut bahasa melayu Melayu dengan sopan santun
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa kesopanan
sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri dalam bahasa Melayu
penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian dengan kalangan yang berbeza
sistem panggilan kekelurgaan:
Pertalian darah : Pak Long, Mak Long
Gabungan nama kekelurgaan asas: Abang, Kak
Ikatan perkahwinan: Pak mentua, Abang Ipar
Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja ( Formal): Tuan, Encik, Puan
Terdapat juga rujukan hormat dalam majlis rasmi yang patut dipanggil
Komunikasi bukan lisan ini melibatkan pengerakan badan, ekspresi wajah dan postur badan untuk menerangkan sesuatu dengan lebih mendalam
Komunikasi non-verbal
komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh
Tujuannya untuk menyampaikan mesej yang sukar dihantar melalui pertuturan atau tulisan dan menggambarkan personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu
Gerakan Anggota Badan seperti isyarat gerakan tangan, air muka, bahasa tubuh
Gerakan Mata seperti mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
Gerakan Tangan seperti meletakkan jari telunjuk depan mulut yang bermakna tolong diam
Mimik muka seperti melalui pengamatan air muka orang yang sedang berinteraksi
Kesantunan Lisan
Dikenali sebagai komunikasi verbal yang merupakan komunikasi dua hala yang langsung ketika dua orang yang berbual
mengeratkan silaturahim antara dua pihak jika dilaksanakan dengan penuh kesantunan
melibatkan:
penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
Dari segi bahasa, aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah:
sebutan yang sopan
suara dan intonasi yang sopan
pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
penggunaan kata sapaan dan sistem sapaan
gaya bahasa yang sesuai
isi perbincangan yang tidak sopan
Dari sedi tubuh badan, aspek-asek yang perlu diperhatikan ialah:
gaya percakapan yang sopan
pendang mata sesuai
gerakan yang bertatasusila
mimik muka dan hayunan tangan yang positif
imej diri
Komunikasi secara lisan termasuk:
Rasmi/ Formal
Tidak rasmi/ Tidak Formal
Memerlukan peraturan yang berbeza dalam segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku
Kesantunan Penulisan
Komunikasi bertulis memperhatikan proses komunikasi intrapersonal.
memerlukan penelitian yang mendalam dan serius
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat
Kesantunan bahasa dapat dilihat dalamnya
Aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:
Penggunaan kata panggilan yang betul
Kata sapaan yang betul
Gaya bahasa yang betul
Pemilihan kata dan ayat yang sesuai
Isi yang tidak sensitif
Protokol Panggilan Hormat perlu diikuti seperti:
Yang di-Pertuan Agong dipanggil Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Yang Dipertua Negeri depanggil Tuan Yang Terutama
Tutorial:
Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Kami boleh menghormati orang lain semasa meninggalkan dalam dorm yang disediakan oleh IPG yang merangkumi pelbagai jenis kaum. Kepercayaan dan ritual agama berlainan kaum tidak harus dikacaukan.
Senaraikan lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid di sekolah, kemudian berikan contoh dialog yang sesuai dengan menekankan aspek kesantunan verbal.
Bersalam apabila bertemu dengan cikgu-cikgu
menggunakan gelaran yang menunjukkan murid menghormati cikgu
meminta izin apabila ingin meminjam sesuatu
ton yang lembut dan sopan
percakapan yang sesuai dan tidak kasar
Contohnya,
Cikgu: Selamat petang. murid-murid.
Pelajar-pelajar: Selamat pagi. cikgu
Cikgu: Baik. Hari ini cikgu nak murid-murid sekalian untuk melukiskan rumah idaman. Bermulakan sekarang.
Pelajar-pelajar: Ya.Cikgu.
Ah Meng: Minta maaf kerana mengganggu, bolehkah saya pinjamkan pensel?
Cikgu: Boleh. Mailah ambil.
Ah Meng: Terima Kasih Cikgu.
Tutorial 2
Dengan sokongan grafik, bandingkan bezanya pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.
Pelbagai jenis posisi badan akan menunjukkan emosi yang dialami oleh seorang. Sebagai contoh, seorang yang sedang mendengar pembualan akan memandangkan orang tersebut manakala seorang yang berpusing badan semasa membual bermaksud dia tidak mahu lagi meneruskan konversi itu.
Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis kesantunan nonverbal dalam masyarakat Melayu.
menggunakan gerakan badan, mimik muka dan gerakan mata yang sesuai semasa perbualan
menggunakan tangan kanan semasa makan
menundukkan badan sedikit semasa meminta lalu
Tutorial 3
Dengan merujukkan bahan multinedia, jelaskan bagaimana kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dangan penerima mesej.
Kalau pemberi mesej dapat menggunakan cara percakapan yang sopan santun, bijak memilih perkataan dengan menggabungkan bahasa tubuh yang sesuai, penerima mesej akan lebih jelas dengan apa yang telah dicakap dan akan menerusikan perbualan dengan santun.
Berdasarkan hasil pembelajaran anda huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
Malaysia memang mengandungi masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Oleh sebab kepercayaan dan budaya setiap kaum berlainan, kesantunan lisan perlu ada dalam setiap rakyat. Kita perlu menghormati setiap budaya kesantunan dalam setiap kaum. Sebagai contoh, Masyarakat Cina perlu menggunakan perkataan yang dianggap sopan dalam masyarakat Melayu dan India.
Tutorial 4
Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan jenis-jenis kesantunan bahasa yang telah dielajari.
Saya telah mempelajari kesantunan verbal, nonverbal, lisan dan penulisan. Kesantunan verbal bermaksud kesopanan dan kehalusan semasa berkomunikasi sama ada menggunakan lisan atau tulisan. Kesantunan nonverbal adalah komunikasi tanpa kata-kata (bahasa badan atau bahasa tubuh). Kesantunan lisan ialah komunikasi verbal yang dua hala apabila pergaulan. Kesantunan Penulisan ialah kegiatan merakam idea yang akan dibaca nanti yang perlukan kesantunan.
Huraikan contoh-contoh kesantunan penulisan yang terdapat dalam bahan-bahan penulisan yang terpilih.
Penggunaan kata yang betul
kata sapaan yang betul
gaya bahasa yang betul
pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
Halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
merangkumi aspek-aspek berikut:
Kesantunan yang boleh mencerminkan kesopanan yang halus
Kesantunan yang kontekstual
Kesantunan apabila dlam hubungan dua pihak
Kesantunan yang tercermin dalam aspek-aspek kehidupan
Takrifan Kesantunan oleh tokoh-tokoh Dunia
Menurut Asmah Haji Osmar(2002), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkann kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu
melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan perbezaan taraf sosial dan pengawalan perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka
Terbahagi kepada 2 jenis:
kesantunan asas
kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain
menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain
kesantunan berkala
kesantunan yang menggambarkan ucapan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu
Contohnya, apabila kita bercakap dengan golongan beraja, kita wajar menggunakan perkataan istana seperti beta, hamba dan sebagainya
Leech (1983) menginterpretasikan kesantunan itu perlakuan yang dapat mengurangkan pengeseran dalam sebuah interaksi
Setiap golongan masyarakat perlu mengikuti norma masyarakat dalam aspek pergaulan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.
Menurut Aristotle, ketinggian darjat diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
Pengertian yang diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan akhlak seseorang.
Dalam masyarakat melayu, kesantunan diperkukuhkan dengan agama Islam yang dianuti.
Kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya
Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa yang tidak sopan, kami dapat mengerti maksud sebenar kesantunan bahasa.
Penjagaan Muka sebagai Asas Kesantunan
Kesantunan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik
Konsep malu begitu dipandang tinggi sampai menjadi asas didikan anak-anak kerana difahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
Peribahasa "menconteng arang di muka" dan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" digunakan untuk mengkritikkan orang yang tidak menjaga mukanya dengan penuh maruah.
Kesantunan Merentas Budaya
Dengan fahaman bahasa Inggeris, kebudayaan disebutkan sebagai culture .
Edward B. Edward melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan lain-lain.
Keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok hidup.
Semakin tinggi nilai kesantunan yang diamalkan, maka semakin tinggilah budaya sesuatu masyarakat itu.
Komunikasi Silang Budaya
komunikasi yang melibat individu daripada latar budaya yang pelbagai.
Segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.
Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan banyak diamalkan dalam masyarakat Malaysia, antaranya yang paling ketara dilihati ialah:
Dalam masyarakat Melayu, mereka sentiasa memberi salam apabila bersua muka
Dalam masyarakat Cina, mereka sentiasa menunduk ketika memberi salam
Dalam masyarakat India, mereka salam orang yang lebih tua dari mereka
Kesantunan Merentas Budaya dalam Pendidikan
nilai-nilai kesantunan perlu diamalkan dari segi:
kesantunan berpakaian
kesantunan tingkah laku
kesantunan berkomunikasi
Tutorial 1
1. Jelaskan konsep kesantunan mengikut kefahaman dan budaya anda sendiri setelah mengikut kuliah tentang konsep kesantunan. -Pada pendapat saya, konsep kesantunan ialah sikap, tatacara, perangai seseorang berkomunikasi dengan orang lain yang mencerminkan kehalusan kesopanan yang dapat dinampakkan setiap hari. 2.Berikan ulasan anda terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dunia. -Dari takrifan-takrifan kesantunan yang diberi oleh tokoh-tokoh, saya mendapati bahawa kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya. Terdapat dua jenis kesantunan yang dibahagikan sebagai kesantunan asas dan berkala.
3.Jelaskan perbandingan konsep kesantunan berdasarkan pelbagai bangsa di Malaysia. -Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa, kaum dan juga budaya. Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja dan maskudnya boleh mengalami sedikit perubahan dalam setiap agaa dan bangsa.Sebagai contoh, dalam masyarakat kita terdapat pelbagai bangsa seperti Melayu, India dan Cina dan nilai-nilai kesantunan mereka juga berbeza seperti masyarakat Melayu menggunakan panduan ajaran Islam dan masyarakat Cina menggunakan ajaran Buddha atau Konfusius.
Tutorial 2
1.Jelaskan konsep penjagaan muka mengikut kefahaman diri. Pada kefahaman saya, konsep penjagaan muka ialah seseorang yang menjaga harga diri dan maruah diri semasa berkomunikasi. Semasa berkomunikasi, mereka yang menjaga air muka, lidah dan hatinya supaya tidak memalukan diri sendiri serta keluarganya. 2.Mengapakan penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat? Penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat kerana ia boleh mengekalkan komunikasi yang sopan dan teratur dalam sesebuah pergaulan. 3.Air muka seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai.
Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mendatangkan malu atau aib kepada keluarga dengan melakukan perkara yang melanggar kehendak dan norma masyarakat kerana dianggap tidak bermaruah.
Tutorial 3
1.Jelaskan konsep kesantunan merentas budaya berdasarkan kefahaman anda sendiri. -Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati dalam interaksi sosial.Konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaannya. Perhubungan antaranya ialah semakin tinggi nilai kesantunan itu diamalkan, maka semakin tinggilah budaya di masyarakat itu. 2.Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut. -Perselilihan timbul kerana kepercayaan dan budaya yang tidak sama. Pandangan yang berbeza terhadap dunia seperti idealogi akan menimbulkan salah faham dan semua kaum perlu menghayati dan memahami nilai-nilai budaya kaum lain.